Friday, July 30, 2010
Penutup
Saya beramat berpuas hati untuk memasuki pertandingan ini kerana saya mempelajari banyak perkara. Saya amat berpuas hati kerana saya dapat informasi dan mempelajari tentang seni persembahan tradisional Melayu. Oleh itu, saya dapat melestarikan seni persembahan tradisional Melayu.
bb2008syafie
12:24 AM
Thursday, July 29, 2010
Tarian Endang
Tarian Endang ataupun tarian Piring adalah sejenis tarian yang berasal dari orang Minangkabau yang terdapat di Sumatra Barat. Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang . Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik. Saya tertarik dengan tarian ini kerana aksi yang menggerunkan orang.
bb2008syafie
7:45 PM
Tarian Calok
Tarian Calok pada satu masa dahulu ditarikan untuk meraikan pengantin ketika upacara bersanding, berinai dan juga ketika upacara mandi sampat yang turut melibatkan pengantin. Tujuannya ialah untuk membuatkan pengantin tersenyum dan berasa gembira. Pada asalnya kemunculan penari tidak akan diketahuai oleh orang ramai. Penari akan muncul sama ada dari arah dapur atau tingkap pada bila-bila masa. Namun gendang akan dibunyikan. Langkah kaki dalam tarian ini mengikut kiraan satu, dua dan tiga dengan mengikut muzik.
bb2008syafie
7:13 PM
Tarian Barongan
Ramai orang tahu tentang tarian Barongan secara samar-samar saja. Sebenarnya, tarian Barongan ini merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di Zaman Nabi Sulaiman a.s dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tarian Barongan menarik perhatian saya kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu.
bb2008syafie
6:02 PM
Wednesday, July 28, 2010
Tarian Zapin
Tarian Zapin adalah satu tarian daripada tarian tradisional melayu. Mengikut sejarah, tarian ini berasal dari Yaman yang diilhamkan oleh peranakan Arab. Dalam tarian ini, terdapat lagu yang didendangkan. Lagu-lagu yang didendangkan selalunya menggunakan alat muzik seperti gambus, rebana, gendang , rebab dan marakas. Ada yang bersalah anngap kerana mereka beranngap bahawa dalam dendangan lagu tarian Zapin terdapat bunyi biola malahan, itu adalah bunyi rebab kerana kedua-dua alat ini terdapat bunyian yang sama. Sebenarnya tarian Zapin ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut. Hadramaut ialah sebuah lembah bersejarah yang terletak di negeri Yaman. Tarian Zapin ini merebak ke negeri-negeri seperti Brunei Darussalam, Singapura, persekitaran Johor, Riau dan wilayah Sarawak.
bb2008syafie
6:06 PM
Wednesday, July 21, 2010
Hari Keharmonian Kaum
Pada setiap tahun, tarikh 21 Julai adalah hari keharmonian kaum. Sekolah saya mengada pertandingan memakai baju-baju tradisional antara kelas. Kelas yang banyak murid mamakai baju tradisonal akan menang dalam acara tersebut. Singapura menyambut hari keharmonian kaum kerana, mengikut sejarah Singapura pada 21 Julai 1964, rusuhan melanda antara kaum Melayu dan kaum Tiong Hwa. Setelah hari itu hinnga sekarang, kita memperingatkan hari tersebut sebagai hari keharmonian kaum kerana Singapura tidak lagi ada kerusuhan antara kaum-kaum yang lain.
bb2008syafie
11:45 AM
Tuesday, July 20, 2010
Kuda Kepang
Kuda kepang adalah satu daripada seni persembahan tradisional melayu yang berasal dari Jawa Barat. Dalam persembahan ini, terdapat 25 keatas anggota. 9 antara anggota itu akan ditugaskan sebagai penjaga iaitu mereka harus menjaga penari supaya tidak melebihi had daerah. 2 anngota akan menjadi tukang mengubat, 5 anggota pemuzik yang mendendangkan lagu dan 9 lagi menjadi penari. Dalam tarian ini pula, akan dikutai 'danyang'.
bb2008syafie
4:47 PM