Turn on the television set by clicking on the bottom knob and change channels by clicking on the 2 side knobs.
Sunday, July 27, 2008
Sebab-sebab permainan tradisional melayu itu perlu dilestarikan kerana permainan tradisional ini diturunkan sejak zaman-zaman nenek moyang kita.Jikalau kita tidak melestarikan permainan ini,remaja-remaja sekarang tidak akan tahu ape permainan tradisional kita.Seperti bahasa melayu,kita sedang melestarikan bahasa ibunda ini yang diturunkan oleh nenek moyang kita juga.
bb2008syafie
8:34 PM
Untuk memulakan permainan guli,setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.
bb2008syafie
8:19 PM
Bahan-bahan yang perlu untuk sepak raga ialah,rotan-rotan yang dianyam bulat seperti raga.
bb2008syafie
11:47 AM
Cara-cara untuk bermain sepak raga ialah permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
bb2008syafie
12:12 PM
Guli
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi
bb2008syafie
7:23 PM
bb2008syafie
8:42 PM
[Insert Tagboard Codes Here]
Archives
June 2008
July 2008
August 2008
January 2009
February 2009
April 2009
July 2009
July 2010
Designer
Hancur