Turn on the television set by clicking on the bottom knob and change channels by clicking on the 2 side knobs.
Monday, August 11, 2008
Pada zaman yang canggih dan moden ini, internet adalah yang paling popular di kalangan remaja dan dewasa. Banyak benda yang kita boleh cari melalui leleman internet. Bermacam-macam lelaman yang kita boleh pergi melalui internet. Ada lelaman yang positif untuk kanak-kanak dan ada juga yang negatif untuk kanak-kanak yang baru menjejaki remaja. Contoh-contoh lelaman yang negatif ialah seperti lelaman lucah, meniru barangan orang dan sebagainya.
Remaja dapat lelaman yang tidak membawa faedah ini kebanyakan melalui rakan-rakan secular mereka. Jika kelakuan ini semakin menjadi, ibu bapa yang akan disoal jikalau ditangkap menziarahi lelaman larangan. Untuk mengelak kelakuan ini akan terjadi, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting seperti selalu memberitahu apa akibatnya menziarahi lelaman yang tidak membawa faedah.
Selain cara-cara itu ialah ibu bapa boleh memeriksa dokumen sejarah lelaman internet yang diziarahi anak-anak mereka dan juga mereka boleh melarang menziarahi lelaman internet dengan cara menghubungi pihak lelaman tersebut ataupun bantuan pihak polis. Remaja juga harus memainkan peranan untuk mengelakkan perkara ini akan terjadi dengan memberitahu atau meminta kebenaran ibu bapa dahulu sebelum menziarahi lelaman apa-apa sahaja jika tidak pernah menziarahi lelaman tersebut.
Cara-cara untuk menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab ialah mereka tidak boleh memuat turun ataupun memuat naik apa-apa sahaja jika tidak meminta izin pemiliknya atau mereka tidak tahu sama ada perkara itu dilarang.
Selain itu, pengguna tidak juga harus mendengar dan terus menziarahi lelaman yang rakan mereka menyuruh mereka ziarahi dan yang penting sekali mereka harus meminta izin ibu bapa jika usia mereka belum menjejaki dewasa. Selain meminta izin untuk menziarahi lelaman tersebut, remaja tersebut juga boleh meminta pendapat rakan-rakan yang lain.
Bukan sahaja lelaman lucah sahaja, malah lelaman cetak rompak juga harus dielak para pengguna internet. Untuk menjadi pengguna internet yang bertanggungjawab bukan susah jika mengikut undang-undang dan tidak salah guna internet. Semoga pengguna internet pada zaman ini mengikut undang-undang.
bb2008syafie
11:01 PM
[Insert Tagboard Codes Here]
Archives
June 2008
July 2008
August 2008
January 2009
February 2009
April 2009
July 2009
July 2010
Designer
Hancur