bb2008syafie

Turn on the television set by clicking on the bottom knob and change channels by clicking on the 2 side knobs.

Tuesday, January 27, 2009

Apakah sebenarnya erti persahabatan? Ramai yang beranggap bahawa ia perjalinan di antara dua atau lebih insan yang mungkin atau tidak mempunyai jalinan kekeluargaan.Di sini ada suatu kisah tentang seseorang hamba Allah yang menganggap dirinya seorang sahabat pada saya.

Kisah ini meliputi kem saya di Pulau Ubin bersama kumpulan saya pada tanggal 25 Januari yang lalu. Tidak dinafikan, saya memang tidak sabar untuk pergi ke sana bersama rakan-rakan saya yang lain. Saya memang berhasrat untuk menikmati keindahan.

Alhamdullillah, kita tiba dengan selamat di Pulau Ubin dan setelah mencari tempat yang elok , kita pun bermula untuk memasang khemah-khemah kita. Prosesnya memakan masa dalam agak-agaknya satu jam dan kita pun bersarapan setelah itu. Segalanya berjalan dengan lancar hingga ke malam.

Pada mulanya, saya tidak rasa yang terdapat apa-apa yang tidak kena kerana pada dasarnya, semua yang hadir sedang bersuka ria. Tetapi semakin masa berlalu, saya dapat melihat yang sahabat saya itu lebih rapat dengan pihak wanita daripada jantinaya sendiri. Memang dari awal lagi, ketua saya telahpun menyatakan yang ia tidak elok jika lelaki dengan perempuan terlalu rapat lagi-lagi pada waktu malam.

Yang jelas,sahabat saya itu bagaikan tidak mengendahkan kata-kata ketua saya itu. Sebaliknya, dia semakin rapat dengan kaum Hawa. Saya memang tidak menegurnya kerana ingin melihat betapa jauhnya da ingin melangkah dengan sikapnya begitu.

Malam menggantikan siang tidak lama kemudian dan pelbagai yang berlaku malam itu. Saya tidak menafikan yang Pulau Ubin itu keras tempatnya dan sedihnya, kumpulan saya diganggu malam itu. Pada masa itu, sahabat saya itu kelihatan masih mementingkan kaum Hawa dan tidak menghiraukan kehadiran kaum Adam yang ada.

Sahabat saya itu juga tidak tahu bagaimana hendak menjaga tatatertibnya di tempat sebegitu dan menganggap kesemuanya normal sahaja. Akhirnya, dia juga diganggu makhluk halus yang ada disekeliling kita pada masa itu.

Ketua saya, yang tidak menyebelahi sesiapa pun, membantu kesemua yang telah diganggu dan agak-agaknya pada jam 3 pagi, keadaan kembali tenang semula. Sehingga ke pagi, sikap sahabat saya itu tidak berubah.

Ketua saya pada malam sebelumnya, kebetulan telah diganggu masalah peribadi dan saya ternampaknya menangis sendirian di tepi pantai. Yang sedihnya, di manakah sahabat saya itu?

Seperti dijangkakan, dia sedang sibuk melayani kaum Hawa. Tanpa berfikir panjang, saya dan rakan-rakan saya yang lain cuba menenangkan ketua saya itu yang sedang resah dibasahi air jernih di mukanya.

Pada tanggal 26 Januari, kita pun bermula untuk beredar untuk pulang ke tanah air semula. Semasa kita sedang membersihkan tempat perkhemahan kita, sahabat saya itu sedang sibuk, seperti biasa, membuat kerja-kerja yang lain tanpa membantu saya dan yang lain dalam membersihkan persekitaran kita.

Kita tiba di Singapura dengan selamat dan berpecah dari situ. Seperti orang mengatakan. ' Apa yang terjadi di sana janganlah dibawa balik'. Memang ini senang diucap, tetapi bagi saya, ia amat sukar memandangkan yang saya amat rapat dengan sahabat saya itu.

Pertama sekali, untuk merumuskan cerita ini, sahabat saya itu berhati perut, memilih kasih dan agak pemalas gara-gara kehadiran kaum Hawa. Yang jelas, sahabat saya itu juga tidak mengenali ertinya tatatertib dan juga persahabatan. Dimanakah dirinya itu bila rakan-rakannya yang lain memerlukannya?

Selagi lagi,apakah ertinya persahabatan?Pada saya, persahabatan bererti keserasian di antara dua atau lebih insan yang tidak mengenal sebarang batasan, mahupun usia ataupun pangkat.

Malangnya, tatacara "sahabat" saya tidak meyakinkan saya akan keikhlasannya. Sebaliknya, ia hanya menunjukkan saya dengan lebih jelas lagi kelemahan dirinya yang amat mengecewakan hingga ke hari ini.

bb2008syafie
7:08 PM



TagBoard

[Insert Tagboard Codes Here]

Links
cikgu
link
link

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
January 2009
February 2009
April 2009
July 2009
July 2010

Designer
Hancur