bb2008syafie: Filem dulu (60an) lebih bermutu jika berbanding dengan filem zaman ini (2000-2008) berikan pendapat

Turn on the television set by clicking on the bottom knob and change channels by clicking on the 2 side knobs.

Wednesday, January 14, 2009

Filem adalah sejenis hiburan yang membabitkan media. Ia sejenis hiburan yang membabitkan penonton. Filem telah menjadi hiburan masyarakat sejak dahulu. Walaubagaimanapun, ada sedikit perbezaan di antara filem dahulu dengan kini disebabkan oleh generasi terbuka. Walaupun filem baru lebih canggih dan teknologi, pada pendapat saya, filem lama lagi bermutu dalam segi hiburan.

Filem-filem lama lebih bermutu jika dibandingkan dengan filem-filem baru dalam segi hiburan. Bukan semua dalam segi hiburan yang menunjukkan filem lama lebih bermutu, filem-filem baru juga ada yang lebih bermutu dari segi lain berbanding dengan filem lama.

Filem-filem lama baik dalam segi hiburan kerana pada pendapat saya, kebanyakan filem lama ada babak yang dialognya kelakar tetapi kelakar yang dibicara itu ada makna. Manakala lawak yang bibawa filem baru pula tidak ada makna disebaliknya. Walaupun dialog ada yang ditambaht sendiri daripada pelakonnya sendiri.

Walaupun jalan cerita filem lama tidak serancak filem baru, filem lama senang untuk memahami jalan ceritanya jika ditontoni dengan fokus. Berbanding dengan filem baru, ada yang jalan ceritanya sukar untuk memahami kerana cerita itu amat membosankan dan ini adalah sebab sukar untuk memahami. Dalam segi hiburan, lagu juga didalam segi hiburan. Pada zaman dahulu, lagu-lagu di filem lama amat membosankan kerana tidak cukup alat muzik. Tidak seperti zaman yang moden dan canggih ini, kita boleh menggunakan alat elektronik untuk mengubah lagu dan merancakkan lagu supaya menarik perhatian orang apabila menontoni filem-filem tersebut.

Selain jalan cerita dan muzik, watak-watak di filem lama memakai pakaian yang tidak sebaik filem baru. Contohnya ialah bujang lapok yang memakai kain dan kemeja lengan pendek tanpa digosok berbanding dengan filem baru seperti bujang senang yang memakai kemeja yang digosok dan tali leher. Cerita lama juga ada banyak pengajaran. Contoh cerita lama ialah Anakku Sazali yang memberi pengajaran seperti jangan menipu orang seperti peribahasa sebijak mana tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Selain itu, pengajaran menonton cerita itu ialah jangan berlagak besar dan jangan mencuri.

Oleh itu, filem lama dan baru ada mutunya dalam segi yang berlainan.

bb2008syafie
5:00 PM



TagBoard

[Insert Tagboard Codes Here]

Links
cikgu
link
link

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
January 2009
February 2009
April 2009
July 2009
July 2010

Designer
Hancur