bb2008syafie: Sepatu Merah

Turn on the television set by clicking on the bottom knob and change channels by clicking on the 2 side knobs.

Thursday, January 29, 2009

Apabila melihat sepatu merah dimana-mana, terkenang Ahmad apabila mengenangkan peristiwa sahabatnya yang dilanda kemalangan sehingga menggadai nyawa.

Bagi Ahmad, sepatu yang berwarna merah itulah menunjukkan tanda persahabatan antara dia dan sahabatnya yang bernama Rosli. Mereka berdua telah membina tali persahabatan itu sejak kecil lagi sehingga kemalangan itu terjadi.

Seperti manusia biasa, di dalam persahabatan mesti ada silih faham antara satu sama lain. Mereka berdua sudah seperti bagai aur dengan tebing kerana pada pandangan orang yang tidak mengenali mereka sebernarnya, akan memanggil mereka berdua adik beradik. Perkara ini berlaku kerana mereka selalu bersama jika kemana-mana.

Mereka tidak sering bertengkar kerana mereka mengalah dan memahami satu sama lain. Selain itu, jika antara satu daripadanya ada masalah, mesti mereka akan duduk berdua dan fikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Apabila masa berlalu, mereka pun sudah dewasa dan berfikiran lebih matang daripada zaman muda mereka. Meraka pun jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerja mereka masing-masing. Perkara ini membuat persahabatan mereka menjadi renggang.

Selain itu, mereka masih menyimpan sepatu merah yang sama yang dibeli pada zaman kanak-kanak mereka. Cara beginilah yang menunjukkan tali persahabatan itu masih kuat dan belum putus lagi.

Pada suatu hari, Ahmad bercadang untuk menemui sahabat baiknya yang sudah bertahun tidak berjumpa untuk makan malam sementara sahabatnya Rosli ada sedikit masalah dengan kerjanya. Ahmad ingin membantu sahabat lamanya itu.

Ahmad merancangkan tempat dan waktu sebelum berjumpa kerana takut ada hal lagi penting daripada makan malam tersebut. Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk berjumpa pada bila masa dan tempat dimana, mereka pun akhirnya bertemu.

Perasaan Ahmad sungguh gembira apabila dapat bertemu dengan sahabat yang paling rapat dengannya itu. Tetapi dia terperanjat melihat rakannya yang sudah pun berubah dalam segi percakapannya.

Sedang mereka menikmati makanan itu, Rosli berkongsi masalahnya bersama Ahmad. Sebagai sahabat, Ahmad ingin membantu Rosli setelah dikongsi Rosli tetapi perkara itu terlambat kerana dia telah mengalami penyakit yang amat serius.

Sebaik sahaja makanan itu habis, mereka bersembang dan bergurau senda sekejap dan beredar dari restoran tersebut. Malang tidak berbau, apabila dalam perjalanan untuk ke tempat meletak kereta, Rosli tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Dengan secepat kilat, Ahmad terus menuju ke arah Rosli yang telah rebah itu. Dia terus mengangkatnya dan bawa ke hospital berdekatan.

Apabila lama menuggu keputusan doctor, akhirnya doktor keluar dari bilik operasi. Doktor memberi tahu Ahmad untuk bersabar untuk meneroma keputusan itu. Ahmad terperanjat apabila mendengar keputusan itu dan terus menangis.

Ahmad tidak percaya bahawa perkara ini akan terjadi kerana bagi dia masa itulah yang pertama dan terakhir dia berjumpa dengan sahabatnya yang tersayang setelah bertahun tidak bertemu.

Ahmad akan mengingatkan tentang tanda persahabatan mereka iaitu sepatu merah itu hingga akhir hayatnya. Padanya sepatu itulah pengganti sahabatnya. Sudah berapa tahun setelah kemalangan itu berlaku, di dalam fikirannya masih terbayang akan sahabatnya.

bb2008syafie
8:08 PM



TagBoard

[Insert Tagboard Codes Here]

Links
cikgu
link
link

Archives
June 2008
July 2008
August 2008
January 2009
February 2009
April 2009
July 2009
July 2010

Designer
Hancur