Turn on the television set by clicking on the bottom knob and change channels by clicking on the 2 side knobs.
Tuesday, April 21, 2009
Beradab, terutama di tempat awam. Ramai di kalangan remaja melayu sekarang tidak beradab di tempat awam seperti di dalam bas ataupun MRT. Maksud tidak beradab di tempat awam ialah tidak menghormati orang-orang di awam. Disebabkan berpeluk-pelukan dan bercium-ciuman serta meraba-raba di depan orang ramai. Perkara-perkara sebergini menunjukkan bahawa mereka tidak tahu malu.
Perkara sebergini menunjukkan bahawa mereka kurang didikan oleh ibu bapa mereka semasa kecil lagi. Jikalau tidak, pasangan tersebut yang bertanggungjawab dalam masalah ini. Maksud saya dengan mereka yang bertanggungjawab ialah mereka terlalu mengikut nafsu sendiri dan tanpa memikir bahawa tidak ada orang melihat apa yang berlaku di tempat awam. Selain itu, mereka tidak memikir tentang apa orang awam akan berfikir tentang mereka.
Semakin ramai remaja sekarang semakin tidak peduli tentang adab kerana pada pendapat saya, mereka dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Mungkin mereka dipengaruh oleh teknologi yang canggih ini seperti televisyen dan computer. Ini menyebabkan mereka ingin mencuba dan merasakan apa yang orang yang membuatnya rasa. Itu adalah sebab-sebab mereka melakukannya.
Mungkin pada orang lain tidak berpendapat seperti saya. Orang lain boleh berpendapat seperti mereka hendak menunjuk-nunjuk sahaja. Pada saya, saya bersetuju kerana mereka tidak sepatutnya melakukan itu semua kerana mereka setakat bermata air sahaja bukan bersuami isteri. Mereka berdua salah dalam segi agama, baik lelaki ataupun perempuan kerana mereka yang bersetuju untuk membuat demikian.
Apabila mereka sudah biasa dengan peluk-pelukan ataupun bercium-cium, pasangan lelaki akan mengambil kesempatan untuk meraba-raba tubuh pasangannya tanpa peduli tentang maruah pasangannya. Pasangan perempuan juga bersalah kerana memberi tubuhnya untuk diraba oleh kekasihnya. Ini adalah satu lagi sebab menunjukkan bahawa mereka tidak beradab. Apabila mereka ditegur oleh orang awam, mereka akan merasa malu dan marah. Ini boleh menyebabkan pergaduhan.
Ramai orang akan merasa jijik terhadap kelakuan mereka. Mereka berpasangan tidak memikirkan begitu dan berasa bahawa mereka tidak bersalah kerana tidak sesiapa pun menegur mereka untuk memberitahu bahawa kelukuan mereka itu salah. Ini menunjukkan bahawa salah orang-orang awam kerana tidak menegur dan salah pasangan juga kerana terlalu mengikut nafsu.
Berfikir sebelum membuat sesuatu.
bb2008syafie
3:34 PM
[Insert Tagboard Codes Here]
Archives
June 2008
July 2008
August 2008
January 2009
February 2009
April 2009
July 2009
July 2010
Designer
Hancur