Kompang
Persembahan kompang selalunya dimainkan sewaktu majlis perkahwinan. Kompang terdapat berbagai paluan untuk melengkapkan bunyiannya menjadi satu. Contoh-contoh paluannya ialah, tingkah, jedo, selang, lalu, melapis dan merapat. Keenam-enam paluan ini adalah yang diutamakan. Untuk melengkapkan lagi, ada kumpulan kompang yang menggunakan gendang untuk mendengarkan bunyian besnya dengan dentuman yang kuat. Selalunya kompang dikutuai dengan ketua yang dipanggil khalifah. Selain itu, persembahan kompang juga bukan sahaja boleh dipersembah di majlis seperti perkahwinan. Malah, kompang juga boleh dipersembahkan di majlis-majlis yang lain seperti menyambut tetamu terhormat, acara pertunjukan silat dan lain-lain lagi.
Saya memilih persembahan kompang kerana saya berminat dengan permainan kompang dan saya suka mendengar paluannya yang berbeza yang dipalukan oleh kumpulan-kumpulan kompang yang lain. Saya gemar mempelajari tentang paluan kompang dan mencuba jikalau mendapat idea-idea paluan yang baharu dan berkongsi dengan rakan-rakan saya yang menganggotai kumpulan kompang.